Wednesday 20 January 2016

Melabur atau Melebur Apabila Menghantar Anak Anda Tuisyen?

Assalamualaikum ibu bapa/penjaga dihormati,

Setujukah anda bukan mudah untuk memilih pusat tuisyen yang berkualiti? Pastikan anda memilih pusat tuisyen yang BENAR-BENAR BERKUALITI untuk anak anda. Paling penting adalah pastikan pusat tuisyen tersebut berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri.

Berikut tips memilih pusat tuisyen berkualiti:
1/Berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri.

2/Tenaga pengajar terbaik adalah terdiri daripada 100% GURU SEKOLAH.

3/Guru sekolah ialah individu yang paling mengetahui Skema Pemarkahan Peperiksaan terkini yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

4/Selesa dan mementingkan disiplin pelajar kerana disiplin memacu kecemerlangan.

Semoga tips ini membantu anda.
-pusat tuisyen mega progresif-